Udang Goreng Lada

Ramuan / Bahan

500 gm udang sederhana besar
2 biji bawang besar dimayang
2 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

Bersihkan udang kemudian ditoskan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan udang dan goreng selama dua minit.
Akhir sekali masukan serbuk lada hitam.
Goreng sebentar dan angkat untuk dihidang.