Udang Goreng Kunyit

Ramuan / Bahan

15 ekor udang
serbuk kunyit
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
3 hiris halia
garam
serbuk perasa
sedikit minyak
½ cawan air

Cara-cara

Gaulkan udang bersama kunyit. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. Masukkan udang yang telah digaul dengan kunyit tadi. Masukkan halia dan air. Biarkan udang separuh masuk. Masukkan garam & serbuk perasa. Kemudian masukkan bawang besar. Bila kuah pekat. Hidangkan