Ramuan / Bahan

500g Udang sederhana besar
2 ketul serai dihilis nipis
1 ketul halia dihilis halus
2 camca besar garam kasar
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris Tepung jagung
Lada putih
Ajinomoto

Cara-cara

Udang ditabur dengan garam, lada putih dan Ajinamoto. Selepas itu tepung jagung digaul dengan udang. Panaskan minyak dan udang tersebut dimasukkan ke dalam kuali dan goreng sekejap sahaja. Toskan udang apabila ia bertukar wanrna menjadi merah. (Ingat jangan goreng terlalu lama)

Masukkan "sedikit" minyak kedalam kuali dan semua rempah tadi(halia, serai dan bawang) ditumis sehingga wangi. Selepas itu masukkan udang tadi dan gaul bersama. Akhir sekali masukkan garam kasar dan goreng sekejap dan selepas itu bolehlah dihidangkan.