Udang Goreng Dengan Daun Bawang

Ramuan / Bahan

1 kg udang yang sederhana besarnya
1 sudu teh serbuk kunyit
50 ml minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa 150 gm sadri ]
150 gm bawang besar ]
150 gm daun bawang ] dimayang halus
120 gm cili merah ]
50 gm bawang putih ]
120 gm cili hijau ]

Cara-cara

Bersihkan udang dan buangkan kulitnya. Kemudian basuh dan toskan airnya. Setelah itu goreng hingga kuning. Kemudian masukkan semua bahan yang sudah dimayang tadi sambil dikacau hingga rata. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk perasa secukup rasa serta serbuk kunyit. Kacau hingga sebati. Kemudian bolehlah diangkat.