Udang Goreng Cili

Ramuan / Bahan

600 gm udang galah
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar Sedikit garam
5 sudu besar minyak untuk menggoreng udang
Sedikit serbuk perasa dan gula

Cara-cara

Gaulkan udang dengan sedikit garam.

Goreng udang. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan cili merah, bawang putih dan bawang merah yang dikisar. Apabila hampir garing, masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Kacau hingga sebati.

Akhir sekali masukkan udang dan sedia untuk dihidang.