Udang Goreng Cili

Ramuan / Bahan

½ kg udang basah yang sederhana besarnya (dibuang kulitnya)
10 biji cili merah (digiling)
5 ulas bawang putih (digiling)
3 helai daun limau purut muda (dihiris halus)
1 biji timun (untuk hiasan) 3 biji buah tomato (untuk hiasan)
1 camca besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
4 camca besar minyak untuk menggoreng udang
4 camca besar untuk menumis

Cara-cara

Gaulkan udang bersama 1/2 camca kecil garam dan gula. Kemudian perapkan selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak. Gorengkan udang yang telah diperap tadi. Kacaukan udang hingga rata. Bila sudah masak, asingkan udang. Tumiskan bahan yang telah digilingkan tadi sehingga hampir garing dan masukkan kicap cair. Sesudah itu masukkan garam dan gula sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau hingga rata dan bolehlah dihidangkan. Hiaskan dengan timun dan tomato. Setelah itu taburkan diatasnya dengan hirisan daun limau purut.