Udang Goreng Butter Berkari (Butter CurryPrawn)

Ramuan / Bahan

Udang kertas (besar) - 10 ekor
Telur (dipukul)
Rempah curry ikan - 1 sudu besar
Garam, perasa (secukup rasa)
Lada sulah (optional)
Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying)

Cara-cara

Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit.
Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul.
Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan.