Udang Goreng Berempah

Ramuan / Bahan

10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris) 1 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis

Cara-cara

Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).