Udang Goreng Asam Lubuk Semilang

Ramuan / Bahan

1 kg udang besar
20 gm garam
10 gm belacan
50 gm halia (dihiris)
50 gm bawang putih (dicincang)
100 gm bawang merah (dicincang)
100 gm bawang besar (dicincang)
30 gm asam jawa (diambil airnya) 20 gm gula
10 gm taucu
0.3 liter air
2 batang serai
50 gm daun sip
50 gm daun bawang
100 gm minyak masak

Cara-cara

Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng. Gunakan sedikit minyak lebihan goreng udang untuk menumis serai dan bahan cincang hingga garing. Masukkan belacan dan air asam jawa serta taucu. Kacau selama tiga minit. Masukkan bawang besar, daun bawang dan bahan perasa. Campurkan udang dan sedia dihidangkan.