Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Goreng

Ramuan / Bahan

- 1 kilo udang sederhana (buang kulitnya)
- 1 sudu kecil serbuk cili
- ½ sudu kecil serbuk kunyit - minyak 5/6 sudu besar
- garam secukupnya

Cara-cara

Bersihkan udang dan buang kulitnya. Masukkan udang, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam dalam sebuah mangkuk. Gaul bahan-bahan tersebut dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian, ambil sebuah kuali dan panaskan minyak. Masukkan udang dan goreng seketika. Tutup kuali itu dan goreng selepas 10 minit.
Buka penutup kuali dan goreng udang itu sehingga masak.