Butter Prawn Pedas

Ramuan / Bahan

Udang Besar/Udang Galah 1kg
Cili Merah 1 tangkai (dihiris-potong serong)
Cili Padi 9-10 tangkai (dihiris-potong serong)
Bawang Besar 4 biji (dihiris)
Bawang Putih 2 ulas (dihiris)
Mentega 1 buku
Daun Kari 2 tangkai
Tomato Saiz kecil/sederhana 1 biji (dipotong dadu)
Telur 1 biji
Susu tepung 2 sudu makan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara-cara

1. Udang dibersihkan dengan memotong separuh bahagian kepala. Kulit jangan dibuang.Basuh dan toskan airnya.
2. Lumurkan bersama kunyit dan garam dan biarkan seketika.
3. Gunakan mentega untuk menggoreng udang tersebut.
4. Apabila telah garing dan kekuningan, barulah diangkat dan diketepikan. Jangan diangkat selagi belum garing.
5. Dengan menggunakan baki minyak mentega tadi, masukkan bawang besar yang telah dihiris.Goreng seketika.Sehingga garing. Barulah dimasukkan bawang putih, cili merah dan cili padi bersama-sama daun kari.Goreng seketika sehingga naik bau. Masukkan tomato.
6. Masukkan kembali udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
7. Masukkan telur ayam tadi ke dalam masakan. Gaul kembali dengan cepat sehingga menyaluti kesemua udang.
8. Taburkan susu tepung tadi.
9. Bolehlah diangkat.