Bon Bon Jejari Ketam

Ramuan / Bahan

50 ml minyak
20 gm mentega (dicairkan)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dicincang) 1 camca besar bijan
2 camca besar sos cili
3 keping pastri filo
8-10 keping jejari ketam

Cara-cara

Panaskan minyak bersama mentega. Tumis bawang, cili, bijan dan sos cili. Angkat dan sejukkan.

Sapu minyak ini pasa setiap keping pastri filo dan lapiskan tiga. Potong pastri kepada 8-10 bahagian.

Letakkan jejari ketam dan gulung. Sapu lagi minyak, susun di dalam dulang dan bakat selama 25 minit pada suhu 200 darjah Celcius. Hidangkan bersama sos.