Bistik Udang Galah

Ramuan / Bahan

2 ekor udang galah
2 sudu tomato
1 senduk tepung gandum
2 biji telur ayam
2 keping biskut jagung - dibuat serbuk
1 sudu marjerin Garam
Lada hitam
Minyak
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara

Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Tepung gandum dibancuh dengan air dan garam seperti menggoreng pisang. Kemudian dimasukkan udang ke dalamnya dan digoreng seekor-seekor sehingga garing. Telur direbus dan goreng sebiji-biji.

Cara membuat kuahnya:
Masukkan merjerin dan minyak bekas menggoreng tadi. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih setelah itu masukkan telur, udang galah, serbuk biskut dan tomato. Kemudian masukkan pula garam, ajinomoto dan lada hitam secukup rasa.