Spaghetti Aglio Olio

Ramuan / Bahan

200 gm spaghetti yg telah dicelur
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar
3-4 ekor isi kepah (Mussle)
Button mushroom (ikut suka) 1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas)
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang,mussle & pati ayam. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, cili padi, oregano dan daun parsley.