Barbeku Udang Harimau

Ramuan / Bahan

80 gm udang harimau
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam kasar
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara-cara

Bersihkan udang tetapi jangan dibuang kepala dan ekor. Tuskan airnya. Perap bersama bahan lain dan biar lima belas minit. Panggang udang tetapi jangan terlalu masak kerana ia akan kering. Hidang bersama sos.