Barbeku Kepah

Ramuan / Bahan

80 gm kepah New Zealand
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah 2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara-cara

Bersihkan kepah dan tuskan airnya. Gaul bersama bahan lain dan biar sepuluh minit. Panggang mengikut selera anda dan hidangkan bersama dengan sos.