Ayam Masak Kuning

Ramuan / Bahan

1 Ekor ayam - diptg 12
5 Biji Cabai Merah Hidup
10 Biji Cabai Padi
Halia 3 Hiris
1 Labu Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 Batang Serai
Sedikit asam jawa - mengikut citarasa



Cara-cara

* Ayam yang telah dibasuh ditapiskan terlebih dahulu sampai kering airnya.

* Kemudian ayam tadi, ditaburkan kunyit dan garam gorengkan mengikut citarasa,sama ada nak garing ataupun tidak.

* Tumbuk cabai masak dan cabai padi beserta halia,bawang besar,dan bawang putih.Serai cuma diketuk sahaja.

* Panaskan minyak..tumislah bahan yang ditumbuk tadi sampai pecah minyak beserta serai yg dititik.Goreng..dan masukan ayam goreng tadi.

* Akhir sekali masukan air asam jawa dan masaklah sampai kering.