Ramuan / Bahan

1 pek spaghetti
1 tin pes tomato
4 keping burger daging lembu (dinyahsejukkan dan dihancurkan)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar cili boh
Minyak masak
Lada hitam
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

1) Rebus spaghetti hingga masak, toskan, dan kemudian asingkan.
2) Panaskan minyak masak dan goreng burger daging lembu hingga separuh masak.
3) Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.
4) Masukkan pes tomato dan goreng hingga naik bau.
5) Masukkan cili boh, lada hitam, dan serbuk perasa.
6) Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
7) Tuangkan kuah ke atas spaghetti dan ia sudah sedia untuk dihidangkan!