Udang Galah Masak Merah

Ramuan / Bahan

15 ekor udang galah
1 biji kelapa tua
200 gm puri tomato
200 gm cili boh
400 gm bawang besar
50 gm bawang putih
30 gm daun bawang
Garam secukup rasa Gula secukup rasa
1 tin minyak sapi
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
5 gm bunga cengkih
50 gm serbuk kunyit
3 tangkai serai

Cara-cara

Udang galah dibersihkan, digaulkan bersama kunyit serbuk & sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang galah. Ketepikan sedikit minyak masak untuk menumis. Sesudah minyak panas, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, bawang merah, bawang putih, cili boh,puri tomato & santan. Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa. Potong daun bawang, letakkan di atas udang galah.