Udang Galah Madras

Ramuan / Bahan

600 gm udang galah
1 cawan santan pekat
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
1 tangkai daun kari
2 biji bawang merah
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis Bahan-bahan digiling halus:

1 camca teh serbuk lada sulah
5 cm halia
5 tangkai cili kering
2 camca sederhana serbuk ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh serbuk kunyit

Cara-cara

Panaskan minyak. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Tumis daun kari, bawang merah, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga kuning.

Masukkan bahan giling. Tumis lagi hingga wangi.

Masukkan santan dan garam. Biar hingga mendidih dan kuah pekat.

Masukkan udang goreng. Kacau hingga rata baru diangkat.