Udang Galah Goreng Berperisa Ayam

Ramuan / Bahan

3 ekor udang galah
Minyak masak
50 gm tepung jagung
10 gm bawang merah (dihiris)
80 gm bawang putih (dihiris)
10 gm daun bawang (dipotong pendek) Bahan sos:

½ camca teh garam
1/3 camca teh gula
400 gm pati ayam
1 camca teh sos tiram

Cara-cara

Bersihkan udang, celur seketika.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang beberapa minit sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak di kuali lain dan tumis bawang merah, bawang putih dan daun bawang. Kacau hingga wangi. Kemudian masukkan semua bahan sos.

Perlahankan api dan masukkan udang galah. Biarkan sehingga masak.

Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Hidangkan apabila kuah pekat.