Udang Cili Bersantan

Ramuan / Bahan

1 kg udang
1 mangkuk santan
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula pasir
1 batang serai
4 helai daun selasih
Sedikit minyak masak Bahan (A) dikisar:
30 g udang kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah

Cara-cara

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A). Masukkan udang, serai, daun selasih, sos ikan, gula pasir dan garam. Kemudian masukkan santan, udang dan masak hingga pekat.