Udang Bakar Berkeju

Ramuan / Bahan

25 g mentega
25 g tepung gandum
300 ml susu segar
Garam dan lada sulah 3 camca besar parsli cincang
300 g udang besar, buang kulit
6 biji telur rebus, hiris nipis
3 camca besar keju Cheddar

Cara-cara

Panaskan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau seminit. Masukkan susu, kacau sehingga pekat dan menjadi krim putih. Kemudian masukkan garam, lada sulah dan parsli. Atur udang dan hirisan telur rebus di dalam bekas. Tuang krim putih di atasnya dan tabur keju. Bakar lebih kurang 15-20 minit pada suhu 220'C.