Udang Bahtera Impian

Ramuan / Bahan

2 kg udang besar (digoreng garing)
1 cawan minyak masak
3 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 500 gm cili kering
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara-cara

Udang dilumur garam dan kunyit dan digoreng garing.

Untuk membuat sambal, kisar bawang putih dan bawang merah.

Kisar cili kering dan hiris bawang besar.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan campuran bawang merah sehingga naik baunya.

Masukkan cili kering dan kacau perlahan-lahan sehingga naik minyak.

Tambahkan air asam, gula dan garam secukup rasa dan biarkan seketika.

Angkat sambal sebelum terlalu kering dan tuangkan ke atas udang.