Udang Badam

Ramuan / Bahan

300 gm udang basah
½ cawan air asam jawa
½ cawan minyak masak
50 gm badam, digoreng dan ditumbuk halus
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan dikisar:
8 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sm kunyit hidup

Cara-cara

Udang dibersihkan. Jangan dibuang kulit. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga kuning. Masukkan udang, air asam jawa, gula, garam, serbuk perasa dan badam.Kacau hingga pekat baru diangkat.