Spaggetti Bersos Daging dan Cendawan

Ramuan / Bahan

1 bungkus speggetti
300g daging cincang
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih (cincang)
2 sudu cili boh
½ tin tomato puri
1 tin cendawan butang (dihiris-hiris) 2 biji tomato (potong dadu)
2 kiub ayam maggi
2 sudu sos tiram
4 sudu minyak
Air
Gula
Garam

Cara-cara

Speggetti direbus sampai lembut. Tambah mentega sedikit sebelum ditos. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai kekuningan.

Masukan cili boh dan tumis sampai garing. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng sampai garing. masukkan tomato pure, air, kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.

Bila mendidih baru masukkan cendawan dan tomato. biar masak seketika. tuang sos atas speggetti dan hias dengan daun sup/ketumbar.