Tumis Darat Bentarang batang pisang

Ramuan / Bahan

bahan A:
1. Bentarang (sejenis siput) / siput kemudi
2. Batang pisang 2 kaki(diambil empulur ditengah batang (bahagian yg lembut) dan sebaiknya ambil batang pisang dari pokok yg belum berbuah kerana ianya lembut. Anak pokok pisang setinggi ¾ kaki adalah terbaik.)di potong panjang 1 inci dan direndam di dalam air kunyit selama 15 minit utk menghilangkan getahnya.

bahan B (direbus):
1. Serbuk kari ikan kering 1 peket
2. 2 ulas bawang merah ditumbuk halus
3. 1 sudu kecil cili serbuk
4. ½ cawan pati santan
5. 1 cawan air
6. garam dan gula secukup rasa
7. 1 batang serai (dikatuk)

Bahan C (ditumis):
1. 3 ulas bawang merah dihiris
2. 3 ulas bawang putih dihiris
3. 5 sudu besar minyak masak
4. Sehelai daun kari

Cara-cara

1. bentarang/siput kemudi diproses dan ambil isi
2. Bancuh serbuk kari ikan kering dengan 1 cawan air.
3. rebuskan batang pisang di dalam santan bersama bawang yang ditumbuk, serbuk cili, serai dan serbuk kari yang telah dibancuh tadi sehingga mendidih.
4. Masukkan isi bentarang / isi siput kemudi dan biarkan mendidih sekejap.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Serentak, Tumis bahan-bahan C sehingga garing pada kuali yg lain.
7. Tuangkan bahan C yang telah ditumis termasuk minyaknya ke dalam bahan yang direbus tadi dan kacau biarkan mendidih.
8. Hidangkan panas-panas