Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tomyam Siam

Ramuan / Bahan

Bahan A (Kisar Halus):
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan
10 gram daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
20 gram cili padi kering
1 batang daun sup
1 batang daun bawang Bahan B:
500 gram udang basah
200 gram daging (hiris dadu)
200 gram sotong
3 biji tomato (potong dadu)
5 batang serai (Ketuk sedikit)
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi (Belah 2)
1 labu bawang besar (Potong Memanjang)
2 biji kentang (potong dadu)
100 gram bunga kobis (potong dadu)
1 batang daun sup (potong ½ inci)
1 batang daun bawang(potong ½ inci)
1 keping asam keping
1 biji limau nipis
Sedikit Bawang Goreng
garam dan gula secukup rasa
Air untuk rebusan

Cara-cara

1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan semua Bahan A, biar mendidih seketika.
2. Masukkan semua bahan basah (udang, sotong dan daging), biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan kentang, serai, asam keping dan daun limau purut.
4. Setelah bahan basah telah masak, masukkan tomato, bunga kobis, bawang besar, cili dan garam serta gula.
5. Tutup api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
6. Ketika hendak makan barulah diperah asam limau.
7. Hidangkan ketika panas-panas.