Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tom Yam Nam Khon

Ramuan / Bahan

2 cawan stok udang dan ayam
100gm udang kertas
2 batang serai
2 helai daun limau purut
3 sudu besar sos ikan (tidak perlu gunakan garam)
1 biji limau - ambil jusnya
5 tangkai cili padi
1 sudu besar hirisan daun ketumbar 1 sudu besar hirisan daun bawang
2 sudu besar pes cili serbaguna (Namprik Phao)
Sedikit gula
Susu tepung mengikut kepekatan yang dikehendaki
3 keping cendawan tiram
4 cm akar ketumbar - dibersihkan
1 cawan air

Cara-cara

Tuangkan stok serta air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan daun limau purut, serai, cendawan dan akar ketumbar. Masukkan udang diikuti sos ikan (tidak perlu dicampur garam kerana sos ikan sudah cukup masin) dan kacau rata. Masukkan pula pes cili kacau lagi. Campurkan dengan susu tepung kacau hingga sebati. Sebelum dihidangkan tabur cili padi, daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan.