Timun Udang Kertas

Ramuan / Bahan

600 gm udang kertas yang besar
150 gm tepung gandum
4 biji cili merah
2 biji timun
1 biji telur ayam 1 cawan minyak minyak
2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Cuka secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan udang dan biar seekor-seekor. Bancuh tepung gandum bersama putih telur, air dan garam. Kacau hingga sebati. Celup udang ke dalam tepung dan goreng hingga kuning. Hiris nipis-nipis timun, cili merah dan bawang besar. Gaulkan garam, cuka, gula dan kacau. Hiris udang yang telah digoreng itu nipis-nipis dan gaul dengan hirisan timun itu. Hidang segera sebaik-baik sahaja habis memasak.