Terbuk Bakar

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan terbuk (disiang)
Garam & Lada sulah
Daun salad
250 gm ubi kentang (dibuang kulitnya,dihiris & digoreng)

Bahan Sos Manis:
1 camca kicap manis
1 camca kicap cair
1 camca sos lada
2 camca sos tomato
1-2 camca air panas
Secubit garam Bahan sos Pedas:
4 ulas bawang merah (dihiris tipis)
2 batang lada merah (dibuang bijinya & dihiris halus)
2 batang lada hijau
60 ml air panas
60 ml cuka
½ camca gula
½ camca garam

Cara-cara

Kelar-kelarkan badan ikan terubuk itu. Perasakan hingga serap dengan garam & lada sulah.Biarkan berperap selama 10-15 minit. Panggang ikan hingga masak. Alaskan pinggan hidangan dengan daun-daun salad. Letakkan ikan di atasnya & hiaskan dengan ubi kentang goreng.

Untuk menyediakan sos pedas:
Gaulkan rata-rata semua bahannya & isikan ke dalam mangkuk.

Untuk memyediakan sos manis:
Campuran hingga sebati semua bahan & isikan ke dalam mangkuk.Hidangkan ikan dengan segera bersama-sama dengan kedua-dua sis tadi.