Biskut Kelapa Salji

Ramuan / Bahan

180 g kelapa parut muda, ambil bahagian putih
4 camca besar tepung serba guna
6 camca besar gula kastor ½ camca teh esen mawar
1 biji putih telur
2 titik pewarna merah, kuning dan hijau atau warna pilihan

Cara-cara

Satukan kelapa parut bersama tepung serba guna dan gula kastor di dalam mangkuk, gaul hingga ia sebati. Bubuh esen mawar ke dalam putih telur, putar hingga ia ringan dan kembang. Masukkan kelapa parut ke dalam putih telur dan putar hingga ia sebati. Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan warnakan. Bentuk adunan seperti bebola. Buat hingga habis adunan.