Sotong Sumbat Sayuran

Ramuan / Bahan

Bahan inti:

1 sudu tepung jagung
2 sudu rempah kurma
5 biji kacang buncis
1 biji buah tomato
1 biji kentang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
½ biji bawang besar 3 ekor sotong sederhana besar
6 sudu besar mentega
2 sudu lada sulah
1 sudu besar bijan
1 biji telur
Garam
Gula

Cara-cara

Semua bahan inti dipotong dadu.

Panaskan mentega dan tumis bawang besar, rempah kurma dan kentang. Masukkan sedikir air dan masak kentang hingga empuk kemudian masukkan sayura-sayuran.

Sumbatkan inti ke dalam sotong yang telah dibersihkan sehingga padat dan cucukkan dengan lidi di bahagian hujung kepalanya supaya inti tidak keluar.

Panaskan mentega dan goreng sotong.

Taburkan bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. Goreng sehingga sotong masak dan bolehlah dihidangkan.