Sotong Rebus Ala Stim

Ramuan / Bahan

Sotong - 5 ekor
Buah Asam - 2 biji (sejenis buah masam yang digunakan bagi hidangan ikan stim.)
Air - 3 Cawan
Bawang Besar- 1 Biji
Bawang putih- 2 Ulas
Halia- 2 Cm
Cili Padi- 5 Biji
Sedikit Perahan Limau Nipis
Gula & Garam Secukup Rasa

Cara-cara

Sotong dibersihkan dan dikerat dua.
Hiris bawang besar, bawang putih,halia dan cili padi.
Kemudian masukan air didalam periuk dan campurkan kesemua bahan diatas. Biarkan sehingga mendidih. Masukan garam dan sedikit gula beserta perahan limau nipis.