Sotong Rangup Kencana

Ramuan / Bahan

1 kg sotong segar
3 cawan minyak masak
2 sudu cili kisar 3 biji ubi kentang
Garam & gula secukupnya

Cara-cara

Sotong dipotong kecil & dibersihkan sebelum ditoskan airnya. Ubi kentang dikupas kulit kemudian dipotong nipis sebelum dipotong memanjang. Panaskan minyak & goreng ubi kentang sehingga kekuningan & ketepikan. Masukkan sotong sedikit demi sedikit, goreng hingga garing & rangup. Ketepikan. Panaskan 3 sudu besar minyak (digunakan minyak yang
digoreng sotong tadi) & tumis cili kisar. Bila cili pecah minyak, masukkan garam, gula & kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan ubi kentang & sotong yang digoreng rangup tadi, kacau hingga rata & angkat.