Sotong Panggang Percik

Ramuan / Bahan

125 ml minyak masak
1 cawan pes cili
1 camca teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk belacan
1 sudu teh serbuk cili
2 batang serai
5 kg sotong, dibersihkan
Sedikit garam dan gula Bahan-bahan dikisar:

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
100 gm buah keras

Cara-cara

Tumis bahan kisar hingga garing.

Masukkan pes cili bersama belacan, serbuk kunyit dan serbuk cili. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian masukkan serai bersama sotong, garam dan gula. Biar hingga sotong masak.