Sotong Nanas

Ramuan / Bahan

1 kg sotong hidup (sederhana)
150 gm minyak
100 gm soso tomato
30 gm bawang putih
20 gm tepung jagung
½ biji nanas 1 sudu besar cuka
1 labu bawang besar
1 liter air
1 batang daun saderi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sotong, buang kulit dan kerat tiga bahagian. Potong nanas 2.5 cm persegi. Bancuh tepung jagung dengan 1/4 cawan air. Jerang air dan masukkan cuka. Masukkan sotong dan rebus selama 3-4 minit. Hiris bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih dan bawang besar selama 2 minit. Masukkan sotong. Kacau selama 5 minit. Masukkan sos tomato, nanas dan kacau. Masukkan tepung yang telah dibancuh. Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga sotong masak dan kuah menjadi pekat. Semasa menghidang tabur daun saderi.