Sotong Masak Pedas

Ramuan / Bahan

300 g sotong (potong ikut suka)
1 sudu teh kicap pekat
½ sudu teh gula
1½ cawan air
5 biji ubi kentang
2 biji cili merah (dibelah 4)
3 biji bawang besar (dihiris kasar) Bahan giling:
1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis
¼ cawan air

Cara-cara

Sotong dibersihkan kemudian gaulkan dengan bahan giling. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kuning, kemudian masukkan sotong. Bila telah mendidih masukkan ubi kentang, kicap, gula, cili merah, serta garam. Tambahkan 11/2 cawan air. Masak hingga empuk barulah diangkat.