Sotong Hitam Manis

Ramuan / Bahan

½ kg sotong
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah
1 biji tomato

1 ½ sudu makan lada hitam
½ inci halia
kicap manis
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
ajinomoto (jika suka)

Cara-cara

1. Bersihkan sotong dan potong ikut saiz yang anda suka.
2. Tumbuk halus lada hitam dan halia (jangan dikisar, kurang sedap).
3. Panaskan minyak, tumiskan lada hitam dan halia yang telah ditumbuk, bawang merah yang telah dimayang, bawang putih dan cili merah.
4. Masukkan kicap, ajinomoto dan air asam jawa.
5. Masukkan sotong, kacau sikit kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar (dipotong bulat2) dan tomato (belah 4).