Sotong Goreng Santan

Ramuan / Bahan

1 kg sotong besar
1 biji kelapa, diambil santan pekat
1 senduk minyak untuk menumis
2 camca sedang air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan digiling:
15 tangkai cili kering
2 sm halia
2 sm kunyit
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm belacan

Cara-cara

Sotong dibuang kulit nipisnya, dibersihkan dan disejat. Panaskan minyak di dalam kuali, Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong dan santan pekat. Apabila mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga kuah pekat.