Sotong Goreng Kunyit Special

Ramuan / Bahan

1 kilo sotong (dipotong gegelang)
2 sudu besar ketumbar biji (di kisar)
1 sudu teh jintan halus (di kisar)
1 sudu teh jintan kasar (di kisar)
1 cm halia (di kisar)
5 ulas bawang merah(di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)

1 labu bawang besar(potong bulat)
1 biji tomato (potong bulat)
Sedikit minyak masak utk. menumis
Sedikit daun kari
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali tanpa minyak dan gorengkan sotong yang telah ditoskan sehingga lembut(anggaran lebih kurang 2~3 minit saja)Tujuannya agar sotong lembut tidak liat dan keras. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, apabila panas tumiskan bahan yang telah di kisar lumat sehingga garing, masukkan daun kari,tomato,bawang besar,serbuk kunyit dan juga sotong tadi, renih selama beberapa minit dan masukkan cili hijau@merah potong jika suka. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa serta angkat.
3. Sedia untuk di hidang, sedap di makan bersama nasi putih @ Baryani.