Sotong Goreng Kunyit Mystyle

Ramuan / Bahan

Sotong (mengikut keperluan)
Kacang panjang (dipotong pendek-pendek)
Serbuk Kunyit
1 tangkai Cili Merah (dihiris)
1 labu bawang kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

1)Potong sotong kecil-kecil (agak-agak je la)

2) Basuh dan masukkan ke dalam kuali. Nyalakan api dan biarkan ia mengeluarkan airnya sendiri. Buang air itu menggunakan senduk dan biar sehingga sotong itu tidak mengeluarkan airnya lagi.

3) Angkat sotong itu dan asingkan.

4) Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.

5) Tumis bawah putih dan bawang merah sehingga wangi

6) Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam

7) Masukkan bawang besar, kacang panjang dan sotong. Biarkan sehingga kacang panjang dan bawang besar layu.

8)Masukkan cili merah.

9) Angkat dan Hidang