Sotong Goreng Kunyit

Ramuan / Bahan

1 Kilo Sotong Putih
1 labu bawang besar (di hiris bulat)
1 ulas bawang putih ( di hiris)
1 batang cili merah ( di belah dua)
1 biji ubi kentang ( di potong bulat)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Bahan perasa/garam

Cara-cara

Sotong di basuh dan di bersihkan. Kemudian di gaulkan dengan sedikit kunyit (ikut suka) dan garam. Potong belat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Angkat.

Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan ubi kentang tadi, bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.