Sotong Goreng Cili & Bawang

Ramuan / Bahan

1 Kilo Sotong
4 Biji Cili Merah(dihiris)
7 Biji Cili Hijau (dihiris)
1-2 LabuBawang Besar/Bombay(Dihiris bulat)
2 Biji Bawang Putih(Jika suka)(Dihiris)
3 sudu besar Kunyit serbuk
Minyak Masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Gorengkan sotong yang telah digaul sebati dengan serbuk kunyit.Kemudian masukkan hirisan cili hijau, cili merah, bawang bombay dan bawang putih ke dalam sotong yang sedang digoreng itu.Bubuh garam secukup rasa ke dalam gorengan sotong. Goreng hingga air sotong kering;sejat. Angkat dan hidangkan bersama-sama nasi panas.