SPAGETTI BEBOLA DAGING DAN DAGING CINCANG

Ramuan / Bahan

Spagetti- 1 peket (direbus)
Sos Spagetti Prego- 1 botol
Bebola Daging- 6 hingga 8 biji
Daging Kisar RAMLY- 1 peket
Cendawan Butang (dalam tin)-dihiris- Marjerin
Bawang Besar- 2 Biji (dicincang)
Bawang Putih- 15 Ulas (dicincang)
Sos Tomato
Garam
Lada Sulah

Cara-cara

Panaskan marjerin didalam periuk untuk menumis.Tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan daging kisar dan bebola daging. Seterusnya masukkan sos spageti dan sedikit sos tomato mengikut cita rasa anda. Apabila hampir mendidih, masukkan cendawan. Dan biarkan ia merenih sendiri barulah dimasukkan garam dan lada sulah.