Serunding Udang

Ramuan / Bahan

200 gm udang kering
1 biji kelapa
10 biji cili kering
2 batang serai 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cawan lada hitam
Sedikit kunyit dan garam secukup rasa

Cara-cara

Kelapa diparut, serai dihiris dan udang dibasuh bersih-bersih. Bahan-bahna yang lain digiling halus dan bubuh garam. Serai yang dihiris tadi digiling dan juga udang. Goreng kelapa menggunakan api perlahan sehingga kekuningan dan diangkat. Tumislah bahan-bahan lain. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi. Kacau rata dan angkat.