Sejambak Kenangan

Ramuan / Bahan

300 gm brokoli-leraikan mengikut kelopak
100 gm udang putih segar
1 batang lobak merah-potong serong
6 tongkol jagung muda
3 tangkai cili merah-dihiris
Garam secukup rasa ½ kiub pati ikan bilis
½ labu bawang besar-potong dadu
1 ulas bawang putih-diketuk
1 sudu kecil tepung jagung-larutkan dengan sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang serta kiub ikan bilis, kacau rata. Masukkan lobak merah balik-balikkan kemudian masukkan brokoli dan jagung muda. Masukkan cili merah, garam dan tepung jagung, kacau cepat-cepat hidangkan.