Seapack Tom Yam Ketam Dan Cendawan

Ramuan / Bahan

520 gm seapack sepit ketam
2 biji bawang besar, dihiris
2 biji tomato
100 gm cendawan butang
1 batang lobak merah
1 sudu kecil serbuk perisa tom yam
2 biji peraha limau nipis
Daun sup
Garam secukup rasa Minyak masak
600 ml stok ikan bilis - ditumbuk
10 biji cili padi - ditumbuk
5 biji cili merah- ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 helai daun limau purut - ditumbuk
2 batang serai - ditumbuk

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan lobak merah dan cendawan yang telah dipotong ke dalam bekas. Masukkan serbuk perasa, garam, tomato dan air limau nipis. Apabila mendidih, masukkan Seapack sepit ketam dan biarkan selama 2 minit. Sebelum angkat masukkan bawang besar dan daun sup dan hidangkan.