Seafood Sweet and Sour Segera

Ramuan / Bahan

Bawang putih 3 ulas } dipotong
Bawang Besar 1 biji }dipotong
Cili padi 4 biji }dihiris nipis
Sos cili 4 sudu besar
Sos tomato 4 sudu besar
4 sudu gula
Pati Asam Jawa 2 sudu besar
Sedikit kicap
Tomato 4 biji
Fillet ikan}potong ikut suka
Udang(cooked and peeled)

*tambahan jika suka:
-lobak merah
-brokoli
-kacang pea
-jagung

Cara-cara

1-tumis bawang bersama cabai
2-bila naik bau, masukkan sedikit air panas
3-masukkan sos tomato dan cili, kacau sebati
4-masukkan air panas apabila kuah nampak kering
5-masukkan gula
6-masukkan air asam jawa mengikut selera
7-masukkan fillet ikan
8-masukkan sayur pada ketika ini jika suka
9-bila ikan dan sayur kelihatan masak, masukkan udang yang telah dimasak dan dikupas bersama tomato