Sambal Udang

Ramuan / Bahan

Udang besar 1 kilo
Bawang besar 2 biji
Cili kering 7 tangkai
Belacan secubit
Bawang besar setengah biji, dihiris
Air asam jawa satu mangkuk

Cara-cara

1.Bersihkan udang. Potong ekor dan kepala.
2.Bawang besar, cili kering dan belacan dimesin sehingga lumat.
3.Panaskan minyak.
4.Masukkan cili yang dimesin bersama udang.
5.Goreng sehingga udang masak dan cili garing.
6.Taburkan hirisan bawang.
7.Sedia untuk hidangan.